GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Abnor Hamizam Abd Manap


Jelebu: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan mengadakan jualan beras putih tempatan di enam outletnya di Negeri Sembilan.

Exco Kanan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata jualan itu akan diadakan bermula esok.

Katanya enam outlet itu adalah di Pusat Operasi Fama Senawang, Pusat Operasi Fama Seremban, Pusat Operasi Fama Jelebu, Pusat Operasi Fama Kuala Pilah dan Pasar Tani Keluarga Malaysia (PTKM) Palong.

"Jualan bermula dari jam 8 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat.

"Bagaimana orang ramai diingatkan membeli mengikut keperluan semasa dan tidak membuat pembelian panik bagi kesejahteraan semua pihak," katanya ketika dihubungi.

Jalaluddin berkata bekalan beras tempatan untuk Negeri Sembilan dan Jelebu khususnya akan diuruskan sehabis baik bagi memenuhi keperluan rakyat.

"Bermula hari ini bekalan beras tempatan akan dibekalkan oleh Fama ke Negeri Sembilan sebanyak 20 metrik tan dan Jelebu akan menerima sebanyak 3.5 metrik tan manakala harga jualan adalah RM26/10 Kilogram.

"Bekalan ini akan ditambah untuk memenuhi keperluan harian penduduk," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 September 2023 @ 6:49 PM