LELAKI Indonesia cedera selepas kaki kanannya tersepit dalam mesin pembancuh simen di Mukim Tanjung 12, Sepang. FOTO Ihsan JBPM Selangor.
LELAKI Indonesia cedera selepas kaki kanannya tersepit dalam mesin pembancuh simen di Mukim Tanjung 12, Sepang. FOTO Ihsan JBPM Selangor.
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Sepang: Buruh binaan cedera selepas kaki kanannya tersepit dalam mesin pembancuh simen di tapak pembinaan Mukim Tanjung 12, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 5.19 petang.

"Jentera dan anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Cyberjaya dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

"Mangsa seorang lelaki warga Indonesia cedera di kaki akibat tersepit di dalam mesin membancuh simen," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kaki mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan orang awam di lokasi kejadian sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

Katanya, mangsa berusia lingkungan 30-an diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2023 @ 8:19 PM