GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

Muhaamad Hafis Nawawi

[email protected]

Subang Jaya: Tujuh suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh penganggur yang mayatnya ditemukan di Batu 14, Puchong, 6 September lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek yang diserah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras membabitkan kes penculikan direman bermula hari ini hingga 20 September ini.

Pada 7 September lalu, Harian Metro melaporkan lelaki ditemukan mati di dalam sebuah kereta di Batu 14, Puchong.

Lelaki terbabit sebelum itu dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di sini.

Mayat mangsa yang juga penganggur berusia 26 tahun, ditemukan di dalam Proton Gen2, 12.50 tengah malam di kawasan sebelah Stesen Minyak Petronas, Batu 14, Puchong.

tamat

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2023 @ 2:57 PM