FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Siasatan kes bunuh seorang penganggur yang mayatnya ditemukan di Batu 14, Puchong, 6 September lalu, diteruskan dengan tujuh suspek diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

Mereka sebelum ini direman oleh IPD Cheras bagi membantu siasatan kes culik mangsa, sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya sudah menyerahkan semua suspek kepada IPD Subang Jaya untuk siasatan lanjut.

"Permohonan reman oleh IPD Subang Jaya akan dibuat hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 7 September lalu, Harian Metro melaporkan lelaki ditemukan mati di dalam sebuah kereta di Batu 14, Puchong.

Lelaki terbabit sebelum itu dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di sini.

Mayat mangsa yang juga penganggur berusia 26 tahun, ditemukan di dalam Proton Gen2, 12.50 tengah malam di kawasan sebelah Stesen Minyak Petronas, Batu 14, Puchong.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2023 @ 10:20 AM