LAPORAN terdahulu Harian Metro
LAPORAN terdahulu Harian Metro
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung seorang lelaki dibunuh di Danau Kota, Setapak, di sini, semalam direman seminggu bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan mereka akan disoal siasat hari ini kerana semalam ketika ditahan masih dalam keadaan mabuk.

"Kedua-dua suspek tidak bekerja. Mereka setiap malam meminum arak di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh di Danau Kota, Setapak, di sini.

Polis menerima laporan daripada wanita yang juga adik mangsa pada 1.48 pagi.

Abangnya berusia 59 tahun meninggal dunia di dalam lori di parkir di sekitar Danau Kota.

Hasil pemeriksaan, mangsa mengalami kecederaan di telinga, bengkak di kepala dan pipi, luka di mata, lebam di bahu dan tulang dada serta terdapat kesan darah dalam mulut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2023 @ 1:12 PM