IDRIS Jusoh. FOTO arkib NSTP
IDRIS Jusoh. FOTO arkib NSTP
Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu mengambil tanggungjawab atas kekalahan besar parti itu melalui Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, semalam.

Bekas Ahli Parlimen Besut Tan Sri Idris Jusoh dalam satu hantaran ringkas di Facebook berkata, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN perlu meletakkan jawatannya.

"Umno kalah teruk di PRN, semalam. Umno kalah 100 peratus di Terengganu. (Ahmad) Zahid Hamidi perlu letak jawatan," tulisnya.

Keputusan PRN di enam negeri, semalam menunjukan BN merekodkan rekod kekalahan terburuk dalam sejarah parti itu.

Parti itu hanya memenangi 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) daripada 108 kerusi ditandingi di Selangor, Terengganu, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Di Terengganu BN gagal menawan mana-mana kerusi Dun termasuk mempertahankan 10 kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu iaitu Hulu Besut, Jertih, Kuala Besut, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Seberang Takir, Telemong, Bukit Besi dan Kijal.

Lebih mengejutkan beberapa nama besar daripada BN termasuk dua bekas Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Said dan Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abdul Rahman kecundang di kerusi tradisi BN.

Keputusan Rasmi PRN Kedah

Keputusan Rasmi PRN Pulau Pinang

Keputusan Rasmi PRN Selangor

Keputusan Rasmi PRN Negeri Sembilan

Keputusan Rasmi PRN Kelantan

Keputusan Rasmi PRN Terengganu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Ogos 2023 @ 11:50 AM