Wan Md Razali Wan Ismail
Wan Md Razali Wan Ismail
Nurul Hidayah Bahaudin

Sungai Buloh: Sebuah kilang memproses air minuman di Jalan IPP-Industri Primont Perdana, Desa Aman di sini, terbakar hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10 pagi.

"Seramai 15 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dan BBP Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati terdapat kebakaran membabitkan sebuah kilang memproses air minuman yang terbakar 70 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kebakaran itu berjaya dikawal pada 10.29 pagi dan tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Ogos 2023 @ 2:11 PM