Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bersempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Peribadi ke-64 Seri Paduka Baginda di Surau Utama Istana Negara. FOTO Ihsan Facebook Istana Negara

BERNAMA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bersempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Peribadi ke-64 Seri Paduka Baginda di Surau Utama Istana Negara.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menurut hantaran di Facebook Istana Negara.

Majlis bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah itu disertai anakanda Seri Paduka Baginda berdua serta kerabat-kerabat diraja negeri Pahang.

Majlis yang dimulakan dengan solat maghrib berjemaah itu turut dihadiri tetamu-tetamu kenamaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Julai 2023 @ 1:07 AM