GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Ruwaida Md Zain


Shah Alam: Penuntut wanita sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) disahkan maut selepas dipercayai jatuh dari sebuah kondominium di Seksyen 7, di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol berkata, kejadian berlaku jam 5.47 petang semalam.

"Hasil siasatan mendapati pelajar warga tempatan yang berumur 23 tahun itu menuntut di sebuah IPT.

"Siasatan awal polis juga mendapati mangsa dipercayai jatuh dari tingkat empat (tempat letak kenderaan) bangunan terbabit dan tiada unsur jenayah dijumpai.

"Hasil temubual dengan kakak mangsa memaklumkan bahawa adiknya mengalami tekanan perasaan dan mendapat rawatan sakit mental kali terakhir pada 10 Julai lalu di Hospital Shah Alam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ramsay berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

"Sebarang maklumat lanjut berkenaan kes ini, boleh disalurkan kepada Sarjan Mejar Shafawi di talian 011-33642465," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Julai 2023 @ 2:13 PM