Gambar hiasan
Gambar hiasan
Melvin Joni


Sibu: Akibat panik, seorang kakitangan swasta rugi RM28,600 apabila diperdaya sindiket 'phone scam'.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata pada 16 Jun lalu, wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri daripada Pos Laju.

Katanya suspek kemudian memberitahu mangsa ada mengirimkan barang yang mengandungi kad pengenalan, kad kredit dan token bank.

Katanya, beliau berkata panggilan mangsa kemudian disambungkan kepada polis dan mengatakan mangsa terbabit dengan kegiatan pemerdagangan manusia serta pengubahan wang haram.

"Mangsa diarahkan untuk menekan pautan bagi mengisi maklumat peribadi serta perbankan.

"Merasa bimbang dan takut, mangsa kemudian menuruti semua arahan yang diberikan suspek," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkipli berkata pada 19 Jun lalu, mangsa membuat semakan ke dalam akaun banknya dan mendapati terdapat tiga transaksi berjumlah RM28,600 dibuat ke dalam tiga akaun bank tempatan yang tidak diketahui.

Mangsa menyedari diperdaya suspek dan segera membuat laporan di balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Jun 2023 @ 4:49 PM