Setiap orang mempunyai kekurangan masing-masing tetapi kita hendaklah mengatasinya agar terus bangkit ke hadapan.
Setiap orang mempunyai kekurangan masing-masing tetapi kita hendaklah mengatasinya agar terus bangkit ke hadapan.
Ain Syazlin Ramlan

KECANTIKAN seseorang itu lebih terserlah ketika yakin dan selesa dengan diri sendiri dan ianya akan lengkap apabila memiliki kedua-duanya iaitu kecantikan luaran dan dalaman.

Platform media terkemuka Media Prima SAYS, Seismik, JUICE, dan Mashable Southeast Asia memperkenalkan 10 duta kecantikan inklusif ketika pertemuan di Bandar Utama pada 15 Jun 2023.

Pada bulan Mei lalu, pencarian duta inklusif dijalankan khusus memperjuangkan kepelbagaian, keterangkuman dan mendefinisi semula piawaian kecantikan dan mereka berfungsi sebagai pemangkin perubahan dalam industri.

Daripada ratusan yang memohon, lima orang dipilih menyertai lima pempengaruh REV sedia ada untuk menjadi wajah baharu kecantikan inklusif.

Ketua Bahagian Video SAYS dan duta untuk kempen kecantikan inklusif, Nandini Balakrishnan, berkata orang ramai selalu beranggapan kecantikan inklusif hanya berkaitan solek dan barangan perempuan.

Kenali 10 wajah baharu duta kecantikan inklusif

Image

Menurut Roycie Wong, 30, sejurus didiagnosis menghidap psoriasis, dia berasa malu serta tidak berkeyakinan, lalu menggunakan laman sosial miliknya untuk menggalakkan orang yang mempunyai penyakit sepertinya supaya terus berfikiran positif.

Image

Liyana Lee, 25, seorang gadis yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang bersaiz besar dan sering dibuli kerana bentuk badannya, kini bangkit selepas menjadi duta kecantikan inklusif dan berharap gadis sepertinya tidak perlu berubah untuk diterima atau disayangi.

Image

Penasihat undang-undang, Daniel Yusof,34, bergelut dengan rasa tidak yakin mengenai keguguran rambut pada usia 20-an, tetapi tetap yakin kelihatan kacak walaupun botak.

Image

Shanti Mugunen, 35, seorang pejuang autoimun yang menghidap penyakit diabetes jenis 1 dan 'Spondyloarthropathy' iaitu penyakit reumatik autoimun dengan gejala radang sendi.

Walaupun mempunyai pelbagai penyakit, itu tidak menghalangnya untuk keluar dan bersiar-siar, dengan bantuan mobiliti dan pam insulinnya.

Sebagai duta kecantikan inklusif, dia berharap dapat menggalakkan rakyat Malaysia yang mempunyai peranti perubatan atau alat mobiliti untuk percaya bahawa mereka cantik, tidak kira apa pun.

Image

Lavinia Abirami, 22, seorang gadis yang kurang pendengaran tetapi beliau adalah jaguh menghasilkan brownies yang lazat.

Dia bergelut dengan masalah jerawat yang teruk dan tona kulitknya sering diperkatakan kerana gelap menyebabkannya merasakan dirinya tidak cantik.

Image

Manakala pencipta kandungan di Mashable Southeast Asia, Daniel Martinus,29,mempunyai spektrum autisme tetapi mempunyai minat mendalam mengenai bahasa dan teknologi.

Image

Ketua Bahagian Video SAYS dan pempengaruh Nandini, seorang yang sukakan keju dan berusaha membina masa depan yang tidak rasis terhadap sesuatu selain menganggap semua orang adalah sama.

Image

Aina Mariah, 29, merupakan pempengaruh dan editor video di Seismik TV, adalah tonggak di sebalik siri dalam talian #ainatricks yang popular, di mana dia mencipta video dengan sentuhan ajaib menggunakan kesan visual yang mencabar minda.

Image

Pekerja di bahagian jualan media, Robert Lee, 47, pula seorang yang rajin melakukan senaman luar untuk kekal sihat dari segi mental dan fizikal.

Image

Gadis yang paling muda menjadi duta kecantikan inklusif, Syuhada Rahim, 21, adalah Editor Video JUICE yang meminati muzik dan fesyen.

Beliau memakai apa saja yang disukai dan tidak peduli dengan tanggapan orang lain.

10 duta kecantikan inklusif ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk menerima ciri unik mereka dan mentakrifkan semula maksud cantik melalui bengkel, aktiviti, temubual, video dan banyak lagi.

Ikuti perjalanan mereka di SAYS, Seismik, JUICE, dan Mashable Southeast Asia kerana mereka memperjuangkan kecantikan untuk setiap orang tanpa mengira umur, warna kulit, tekstur, jantina, jenis badan atau keupayaan.

Layari laman web SAYS untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Jun 2023 @ 5:34 PM