DATUK Yahaya Othman. FOTO Bernama
DATUK Yahaya Othman. FOTO Bernama
Asrol Awang


Kuantan: Polis Pahang mengesahkan penahanan seorang Ketua Polis Daerah dari negeri itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pahang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman, berkata justeru, pihaknya sedia memberikan kerjasama kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.

"Polis Pahang memberi jaminan tidak akan berkompromi dengan kegiatan salah laku, jenayah atau apa-apa perlanggaran undang-undang membabitkan pegawai polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

SPRM hari ini memaklumkan seorang Ketua Polis Daerah ditahan SPRM Pahang kerana disyaki menerima rasuah dianggarkan lebih RM1 juta sejak 2017 hingga 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Jun 2023 @ 9:35 PM