DR Zaliha Mustafa. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
DR Zaliha Mustafa. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
BERNAMA

Kota Bharu: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 39 klinik di seluruh Kelantan dikategorikan sebagai klinik daif untuk kerja baik pulih tahun ini membabitkan peruntukan bernilai RM9.6 juta.

Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata, klinik yang dikenal pasti itu membabitkan sebanyak lapan klinik desa, 18 klinik kesihatan dan 13 klinik pergigian.

Beliau berkata, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek, KKM sudah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Projek Pembaikan Klinik dan Fasiliti Daif yang berperanan untuk memantau pelaksanaan projek di setiap negeri.

"Menerusi lawatan kerja ke Kelantan tempoh hari, saya berpeluang meninjau sendiri keadaan beberapa klinik daif berkenaan.

"Semoga segala perancangan projek berjalan lancar demi keselesaan petugas kesihatan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat Malaysia.

"Doakan semoga segala usaha kami dipermudahkan," katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Jun 2023 @ 6:49 PM