Baharom Bakar


Kuala Nerus: Bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman diumum sebagai calon pertama Barisan Nasional (BN) yang bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir pada Pilihan Raya negeri (PRN) akan datang.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said pada majlis pelancaran Jentera PRN15 Bahagian Kuala Nerus di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal berkata, yakin Ahmad Razif mampu mempertahankan kerusi itu yang disandangnya sejak PRU12 pada 2008.

Sementara itu, Ahmad Razif pula menganggap mandat dan kepercayaan diberikan pucuk pimpinan parti adalah satu cabaran.

Bagaimanapun, katanya, dengan kerjasama diberikan semua jentera, tugas mengekalkan Dun Seberang Takir akan digalas sebaik mungkin dan akan cuba merampas semula dia Dun dikuasai Pas iaitu Tepuh, Buluh Gading dan Bukit Tunggal.

"Untuk mengekalkan kemenangan bukannya satu perkara yang mudah, terutama selepas mendapati keputusan tidak memihak kepada calon BN pada PRU15 November lalu," katanya.

Pada PRU14, Ahmad Razif menghadapi saingan tiga penjuru, menewaskan calon PAS, Mohd Fazil Wahab dan calon PKR Abu Bakar dengan majoriti 1,884 undi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2023 @ 10:38 PM