Kebocoran air dari siling makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh menyebabkan berlaku pencemaran bahan kimia yang ada di dalamnya hari ini. FOTO Ihsan bomba
Kebocoran air dari siling makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh menyebabkan berlaku pencemaran bahan kimia yang ada di dalamnya hari ini. FOTO Ihsan bomba
Muhaamad Hafis Nawawi


Sungai Buloh: Bahan kimia dalam makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh mengalami pencemaran selepas kebocoran air dari siling bilik itu hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.48 tengah hari dan tiba di lokasi jam 2.02 petang.

Menurutnya, terdapat kebocoran air dari siling makmal dan terkena tempat penyimpanan bahan-bahan kimia.

"Pasukan Hazmat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam digerakkan bagi membersihkan bahan kimia dan memastikan keadaan selamat sebelum diserahkan kembali," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2023 @ 7:37 PM