Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Gala sempena perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Monaco 2023 di Sporting de Monaco pada Ahad. FOTO Ihsan Facebook ISTANA NEGARA

BERNAMA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Gala sempena perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Monaco 2023 di Sporting de Monaco pada Ahad.

Berangkat sama Putera Monaco Putera Albert II.

Menurut Facebook Istana Negara, keberangkatan baginda turut diiringi Puteri Charlene of Monaco dengan kehadiran sama paduka-paduka anakanda Seri Paduka.

Terdahulu pada sebelah petang, Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat bersama Putera Albert II dan Puteri Charlene menyaksikan perlumbaan F1 Grand Prix Monaco yang berlangsung di Monaco F1 Main Circuit.

Seri Paduka kini dalam rangka lawatan khas lima hari ke Monaco bermula 26 hingga 30 Mei atas persilaan Putera Albert II.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mei 2023 @ 12:09 AM