ANWAR (tengah) hadir pada Majlis Rumah Terbuka MADANI Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri. FOTO BERNAMA
ANWAR (tengah) hadir pada Majlis Rumah Terbuka MADANI Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, hadir memeriahkan majlis Rumah Terbuka Madani Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri di sini.

Beliau yang tiba jam 12.46 tengah hari disambut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

Turut hadir menteri-menteri Kabinet termasuk Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Anwar meluangkan masa hampir sejam pada majlis itu dan sempat beramah mesra dengan kira-kira 3,000 penjawat awam daripada agensi dan jabatan di bawah JPM.

ANWAR diiringi Dr Zaliha beramah mesra dengan hadirin semasa hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). FOTO BERNAMA
ANWAR diiringi Dr Zaliha beramah mesra dengan hadirin semasa hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). FOTO BERNAMA

Sementara itu, di Serdang, Anwar turut menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan (KKM).

Anwar yang tiba jam 1.30 tengah hari di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), disambut Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Suani dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Beliau yang meluangkan masa kira-kira 40 minit, turut menyantuni warga kerja KKM serta agensi di bawahnya yang hadir pada sambutan Aidilfitri itu.

Kira-kira 7,000 kakitangan kementerian serta tetamu disajikan dengan pelbagai juadah raya seperti lemang, ketupat dan kambing bakar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mei 2023 @ 3:20 PM