AL-SULTAN Abdullah (kiri) berkenan beramah mesra dengan Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Agensi 2023, Menara MITI hari ini. nterian itu. FOTO Bernama
AL-SULTAN Abdullah (kiri) berkenan beramah mesra dengan Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Agensi 2023, Menara MITI hari ini. nterian itu. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Agensi 2023 di Menara MITI, di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka kira-kira 11 pagi disambut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong dan ketua setiausaha kementerian berkenaan Datuk Isham Ishak.

Sejurus berangkat tiba, Al-Sultan Abdullah diiring ke Dewan Perdana untuk santapan juadah tradisional sambil menyaksikan persembahan tarian dan nyanyian daripada beberapa artis antaranya Black, Haziq Rosebi dan Asmidar.

Seri Paduka turut beramah mesra, bersalaman dan berswafoto dengan warga MITI serta agensi kementerian itu sebelum berangkat meninggalkan majlis sekitar 12 tengah hari.

Majlis dihadiri kira-kira 2,800 orang itu juga diserikan dengan keberangkatan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mei 2023 @ 1:54 PM