BAZLAN (empat kanan) beramah mesra pada majlis jamuan di DUN Batu Rakit. FOTO Faizul Azlan Razak
BAZLAN (empat kanan) beramah mesra pada majlis jamuan di DUN Batu Rakit. FOTO Faizul Azlan Razak
Faizul Azlan Razak


Kuala Nerus: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) belum memutuskan agihan kerusi untuk dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini.

Penolong Setiausaha UMNO Terengganu, Bazlan Abd Rahman berkata, pihaknya kemungkinan akan berbincang dengan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Terengganu, Nik Nazmi Nik Ahmad minggu depan.

"Sebelum ini kita ada berbincang di Kuala Lumpur, namun keputusan muktamad belum diputuskan dan kita tengok la perbincangan minggu depan, mungkin pada 2 Mei ini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Bahagian UMNO Setiu itu berkata, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen yang dimenangi PAS di negeri ini tidak boleh dijadikan ukuran bagi kemenangan DUN.

"Sekiranya kita berjaya pertahan 10 kerusi yang sedia ada dan bekerja keras memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) dikenal pasti yang kita berasakan mampu dimenangi, InsyaAllah, kita kambali mentadbir kerajaan Terengganu," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit.

Kerusi DUN dimenangi BN pada PRU14 ialah Hulu Besut, Jertih, Kuala Besut, Permaisuri, Batu Rakit, Langkap, Seberang Takir, Telemong, Kijal dan Bukit Besi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 April 2023 @ 12:57 PM