GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Ercy Gracella Ajos


Kuala Lumpur: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung termasuk Kedah membabitkan Langkawi, Kulim dan Bandar Baharu sehingga 8 malam ini.

Selain Perlis dan Pulau Pinang, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu hantaran di Facebook berkata, ramalan cuaca itu turut dikeluarkan bagi Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.

Katanya, cuaca sama turut diramal di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut.

"Turut berdepan cuaca sama ialah Selangor membabitkan Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat termasuk Sepang selain Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Di Negeri Sembilan pula membabitkan dua kawasan iaitu Seremban dan Port Dickson," katanya.

Ramalan hujan lebat itu juga dikeluarkan bagi Johor membabitkan kawasan Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai.

Tiada ramalan hujan dikeluarkan bagi Sabah dan Sarawak.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," menurut MetMalaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 April 2023 @ 5:59 PM