ANWAR (tengah) ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Program K2K. FOTO Bernama
ANWAR (tengah) ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Program K2K. FOTO Bernama
BERNAMA

Shah Alam: Tiada konflik kepentingan bagi kerajaan, susulan keputusan UMNO yang berhasrat mempersembahkan permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memberi pertimbangan pengampunan kepada bekas presidennya Datuk Seri Najib Razak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, perkara berkenaan tidak seharusnya berbangkit memandangkan proses permohonan pengampunan dibenarkan untuk dibuat oleh sesiapa sahaja, selain semua pihak perlu patuh kepada peraturan dan syarat yang ditetapkan.

"Walaupun melalui proses, dan saya ada dalam proses itumelancarkan Program Rights To The City: Kita Untuk Kita (K2K) di Pangsapuri PPR Kampung Baru Hicom, di sini, hari ini.

Anwar berkata, adalah terlalu awal untuk beliau memberikan sebarang ulasan mengenai perkara itu memandangkan tiada sebarang kertas atau proses yang dilaksanakan setakat ini untuk permohonan berkenaan, selain keputusan yang dibuat di peringkat UMNO.

"Saya tidak mahu menghalang sesiapa dalam perkara itu, tetapi apa sahaja proses di mahkamah adalah amat bebas, ia perlu dipatuhi dan dihormati. Akhirnya apa sahaja keputusan, ia adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong semata-mata," katanya.

Sementara itu Anwar yang juga Menteri Kewangan membidas kenyataan yang dibuat Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengecam beliau kerana mahu berunding dengan China berhubung wilayah Malaysia.

"Masalah sekarang, beliau tidak baca kenyataan saya bahawa kita akan teruskan projek cari gali Petronas (di kawasan Laut China Selatan). Tiada langsung saya sebut nak tolak ansur, dan ini yang saya sampaikan kepada negara China yang tidak dilakukan oleh beliau," katanya.

"Secara konsisten saya sebut cari gali oleh Petronas tetap diteruskan di kawasan yang kita percaya sebagai kawasan kita, tetapi sekarang China cakap tidak, ini kawasan bertindih. Saya kata OK.. boleh bincang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 April 2023 @ 1:03 PM