AHMAD Zahid bergambar bersama dengan peserta yang hadir pada majlis penutup Konvensyen Perpaduan NGO-NGO Islam 2023, Hotel Tenera, Bangi. FOTO Aswadi Alias.
AHMAD Zahid bergambar bersama dengan peserta yang hadir pada majlis penutup Konvensyen Perpaduan NGO-NGO Islam 2023, Hotel Tenera, Bangi. FOTO Aswadi Alias.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Bangi: Kerajaan menubuhkan Majlis Madani bagi menterjemahkan pelaksanaan konsep Malaysia Madani kerajaan perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, majlis itu akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Majlis Madani secara rasminya akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri dan bukan hanya soal falsafah dan konsep tetapi program-program yang akan dilakukan.

"Kita tunggu hingga Perdana Menteri membuat pengumuman terhadap keputusan-keputusan kepada mesyuarat Majlis Madani, "katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Perpaduan badan bukan kerajaan (NGO) Islam di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd, Na'im Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim), Zamri Zainal Abidin.

Mengulas berhubung resolusi yang dikemukakan konvensyen berkenaan, Ahmad Zahid berkata, resolusi berkenaan adalah penting bagi menyatukan NGO Islam di negara ini.

"Semua NGO bukan hanya dalam bidang dakwah tetapi dalam bidang ekonomi, pembangunan sosial serta penyebaran ilmu menjadi komitmen kepada Perdana Menteri.

"Kita memohon agar semua NGO Islam ini menterjemahkan pelaksanaan kepada falsafah dan konsep penyatuan sebuah

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mac 2023 @ 7:36 PM