GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Omar Ahmad


Johor Bahru: Sebanyak 707 kes jenayah komersil dilaporkan di negeri ini yang merekodkan kerugian berjumlah RM26.4 juta.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata jenayah penipuan menjadi penyumbang tertinggi iaitu sebanyak 544 kes.

Menurutnya, ia direkodkan dalam tempoh bermula 1 Januari lalu hingga semalam.

"Bagi kes penipuan membabitkan belian dalam talian sebanyak 108 kes dikuti kes tawaran kerja dalam talian sebanyak 101 kes dan Macau Scam berjumlah 77 kes.

"Kes jenayah komersial mencatatkan pengurangan sebanyak RM94.3 juta berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

"Bagaimanapun dari segi jumlah kes, ia mencatatkan peningkatan daripada 580 kes kepada 707 kes pada tahun ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain kes penipuan ia diikuti kes jenayah siber iaitu 102 kes dan ah long (32 kes)

Menurut Kamarul Zaman, orang ramai diminta menghubungi National Scam Response Centre (NRSC) di talian 997, sebagai tindakan awal menyekat pengaliran keluar wang dari akaun suspek sekiranya menjadi mangsa penipuan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Februari 2023 @ 5:48 PM