GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: Seorang lagi warga Myanmar ditahan polis bagi membantu kes pembunuhan pemilik kebun buah naga di Tanah Merah, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, polis menahan suspek berusia 20 tahun itu pada 11.15 malam tadi.

"Ini menjadikan lima suspek ditahan bagi tujuan siasatan," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kesemua suspek direman seminggu bermula hari ini," katanya.

Pada Sabtu, polis menemukan mayat pemilik kebun buah naga berusia 44 tahun dalam keadaan terikat.

Susulan itu, polis menahan empat lelaki warga Myanmar di Shah Alam, Selangor semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Februari 2023 @ 11:37 AM