GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di Johor terus mencatatkan penurunan, manakala di Sabah kekal, setakat pagi ini.

Di Johor, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan seramai 670 mangsa berada di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat dan lima lagi di Batu Pahat, berbanding 769 mangsa pada 8 malam tadi.

Menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan, Batu Pahat yang mengalami banjir termenung, setakat ini, merekodkan seramai 644 mangsa daripada 179 keluarga, dan Segamat pula 26 daripada sembilan keluarga.

Ketika ini, Sungai Bekok di Batu Pahat masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 18.9 meter (m), namun keadaan cuaca di daerah berkenaan cerah, manakala di Segamat, hujan.

Di Sabah pula, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan tiada pertambahan mangsa direkodkan dan jumlah mangsa kekal seramai 134 orang daripada 40 keluarga di sebuah PPS di daerah Beaufort.

Cuaca di Sabah juga cerah pada pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2023 @ 10:07 AM