PEMBANTU tadbir kanan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor direman lima hari di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.
PEMBANTU tadbir kanan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor direman lima hari di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Seorang pembantu tadbir kanan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor direman lima hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM650 daripada seorang calon ujian memandu.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), perintah tahanan reman bermula hari ini hingga 6 Februari depan dikeluarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Semalam Harian Metro melaporkan, wanita berusia lingkungan 40-an yang juga bekerja secara sambilan di sebuah sekolah memandu milik bapa mentuanya di Petaling Jaya, Selangor ditahan kerana meminta wang berjumlah RM650 daripada seorang daripada calon ujian memandu.

Ia sebagai dorongan bagi mendapatkan lesen 'gerenti lulus'.

Wanita itu ditahan kira-kira 4.30 petang semalam di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2023 @ 3:12 PM