Penumpang feri cuba membawa masuk limau dan keratan bunga segar dengan menyembunyikannya dalam beg bagasi pakaian gagal ditahan ketika pemeriksaan di Terminal Feri Tanjung Pengelih. FOTO IHSAN MAQIS/FOTO
Penumpang feri cuba membawa masuk limau dan keratan bunga segar dengan menyembunyikannya dalam beg bagasi pakaian gagal ditahan ketika pemeriksaan di Terminal Feri Tanjung Pengelih. FOTO IHSAN MAQIS/FOTO
Izz Laily Hussein


Pengerang: Tindakan penumpang feri cuba membawa masuk limau dan keratan bunga segar dengan menyembunyikannya dalam beg bagasi pakaian gagal selepas dikesan ketika pemeriksaan di Terminal Feri Tanjung Pengelih di sini, hari ini.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor dalam satu kenyataan media berkata, siasatan mendapati penumpang dari Singapura itu cuba membawa masuk barangan pertanian seberat 15 kilogram berkenaan tanpa sebarang dokumen iaitu Permit Import Maqis dan Sijil Fitosanitasi.

"Perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa permit import Maqis adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11 (3) akta sama

"Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua - duanya sekali," katanya.

Menurutnya, pihaknya akan sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk berkenaan bersama pihak kastam bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2023 @ 2:49 PM