GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Omar Ahmad


Johor Bahru: Taman Eko Rimba, Hutan Taman Negeri (HTN), trek pendakian dan laluan trek sukan lasak pacuan empat roda dalam hutan simpan kekal di negeri ini akan dibuka kepada pengunjung awam bermula Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ), Datuk Salim Aman berkata, berkata bagaimanapun trek pendakian Gunung Bekok di Segamat, trek sukan lasak Sungai Emas di Mersing dan Trek sukan lasak Sungai Yong di Kluang, masih lagi ditutup.

Katanya pembukaan tiga lokasi itu akan dimaklumkan pada satu tarikh kemudian.

"Tiga lokasi itu ditutup atas faktor keselamatan, bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku kepada pengunjung seperti kejadian kepala air

"Pengunjung hendaklah sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan segera, sekiranya terdapat perubahan cuaca atau keadaan persekitaran," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 25 Januari lalu, semua Taman Eko Rimba, HTN, trek pendakian dan laluan trek sukan lasak dalam hutan simpan kekal di negeri Johor ditutup kepada semua pengunjung ekoran hujan lebat berterusan dan banjir melanda negeri ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2023 @ 1:13 PM