GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Izz Laily Hussein


Johor Bahru: Kerana menggaji pengendali makanan yang tidak disuntik vaksin anti-tifoid, pemilik restoran di sini didenda RM3,000.

Hukuman diputuskan Majistret Norzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mengikut pertuduhan, peniaga itu didakwa menggajikan pengendali makanan yang tiada Kad Suntikan Vaksin Anti-Tifoid seperti diwajibkan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Untuk itu kesalahan didakwa mengikut Peraturan 11(1)(b) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 11(2) peraturan sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 jika disabitkan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Pejabat Kesihatan Johor Bahru, Norbe Harun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2023 @ 10:49 PM