Gambar hiasan
Gambar hiasan
Siti Rohana Idris


Kota Bharu: Tiga pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan akibat bergaduh dan mencederakan seorang rakan.

Pergaduhan berlaku tengah hari semalam dipercayai berpunca daripada ejek-mengejek.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mangsa yang berusia 14 tahun mengadu kepada ibunya yang dia dipukul tiga rakan sekelas ketika berada di sekolah.

"Siasatan awal mendapati punca pergaduhan kerana saling mengejek semasa ketika di kelas.

"Mangsa yang mengalami sakit pada bahagian badan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian," katanya menerusi satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Mohd Rosdi berkata, pihaknya menahan tiga pelajar berusia 14 hingga 15 tahun dan mereka direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 3 Februari.

Kes disiasat mengikut seksyen 506/323 Kanun Keseksaan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2023 @ 9:40 PM