Loke (dua dari kiri) dan Nanta  Linggi (tiga dari kanan)  melancarkan   Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu dan sempena  Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan  2023 di Hentian Rawat dan Rehat ,Dengkil di sini hari ini. Foto Samadi Ahmad
Loke (dua dari kiri) dan Nanta Linggi (tiga dari kanan) melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu dan sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2023 di Hentian Rawat dan Rehat ,Dengkil di sini hari ini. Foto Samadi Ahmad
Samadi Ahmad


Dengkil: Waspada berikutan had laju di jalan persekutuan di seluruh negara dikurangkan 10 kilometer sejam (km/j) bersempena perayaan Tahun Baharu Cina, bermula esok hingga 27 Januari hadapan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sepanjang tempoh itu, had laju di jalan persekutuan diturunkan kepada 80km/j berbanding 90km/j.

Menurutnya, ia antara langkah keselamatan dan pemantauan diambil kerajaan bagi meningkatkan keselamatan serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang sering berlaku pada musim perayaan.

"Operasi tahunan bertemakan 'Pandu Cermat, Sampai Selamat' itu adalah jalinan kolaborasi strategik kali pertama antara Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan (MoT)," katanya pada majlis pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2023, di sini, tadi.

Nanta berkata, pihaknya sudah mengenal pasti 76 lokasi kerap berlaku kemalangan di jalan persekutuan dan akan terus memantau lokasi berkenaan.

Bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna di jalan persekutuan, beliau berkata kerajaan melaksanakan kerja pembaikan di 53 lokasi kerap berlaku kemalangan (blackspots) melibatkan kos sebanyak RM17.2 juta dan memasang lampu jalan di 40 lokasi dengan kos sebanyak RM4.7 juta pada tahun lalu melalui program Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2023 @ 2:58 PM