Keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Kuala Besut Satu selepas kawasan sekitar tersebut dilanda banjir sejak semalam. FOTO BERNAMA
Keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Kuala Besut Satu selepas kawasan sekitar tersebut dilanda banjir sejak semalam. FOTO BERNAMA
Zatul Iffah Zolkiply


Setiu: Keadaan banjir di Terengganu semakin meruncing apabila seramai 40,456 mangsa berada di 299 pusat pemindahan sementara (PPS).

Ia menunjukkan peningkatan berbanding hanya seramai 39,500 mangsa di 299 PPS, malam tadi.

Setakat 8 pagi, Kemaman masih menjadi daerah yang merekodkan jumlah mangsa teramai dan semua lapan daerah masih terjejas akibat bencana berkenaan.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, seramai 9,147 mangsa daripada 2,441 keluarga berasa di 30 PPS di Kemaman.

Ia diikuti daerah Besut yang kini mengaktifkan 88 PPS bagi menempatkan 2,265 keluarga membabitkan 8,536 mangsa.

Seramai 5,893 mangsa daripada 1,952 keluarga pula dipindahkan ke 49 PPS di Hulu Terengganu, manakala di Dungun, seramai 4,419 orang terjejas.

Di Setiu, seramai 4,352 orang berada di 52 PPS, manakala di Kuala Nerus, jumlah mangsa meningkat kepada 3,597 orang daripada 862 keluarga yang dipindahkan ke 16 PPS.

Di Kuala Terengganu, 12 PPS diaktifkan bagi menempatkan 2,777 mangsa daripada 752 keluarga.

Marang masih mencatatkan jumlah mangsa terendah apabila 1,735 mangsa berada di 12 PPS.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2022 @ 9:00 AM