KAWASAN bertanda di di Father Organic Farm, Jalan Genting- Batang Kali untuk memudahkan SAR. FOTO Eizairi Shamsudin.
KAWASAN bertanda di di Father Organic Farm, Jalan Genting- Batang Kali untuk memudahkan SAR. FOTO Eizairi Shamsudin.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Hulu Selangor: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bagi mengesan sembilan lagi mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, memasuki hari kelima.

Pasukan penyelamat masih berada di kawasan pencarian sejak malam tadi dan memfokuskan dua kawasan utama.

Setakat ini, 24 mangsa disahkan maut, manakala sembilan lagi masih hilang.

Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Hafisham Mohd Noor, memaklumkan pihaknya mula menggerakkan pasukan sweeper untuk melakukan pencarian mangsa di luar ground zero atau tapak utama kejadian tanah runtuh itu.

Beliau berkata, pasukan tujuh anggota itu digerakkan bermula hari ini dengan tumpuan pencarian di luar kawasan operasi seperti di sungai dan lokasi sekitar.

"Selepas hasil usaha belum menunjukkan petanda sembilan orang (mangsa yang masih hilang) tadi, kita gerakkan sweeper. Tugas mereka untuk mencari mangsa di kawasan selain ground zero (lokasi utama bencana).

"Maknanya (pencarian dilakukan) di aliran sungai sekitar kawasan ground zero untuk pastikan mangsa ini berada dekat situ atau dihanyutkan arus deras, namun setakat ini belum ada yang dijumpai," katanya.

Sebelum ini, anggota pasukan penyelamat menumpukan kepada misi mencari dan menyelamat (SAR) di dua daripada tiga sektor kawasan tapak perkhemahan yang terbabit kejadian tanah runtuh, pada awal pagi Jumaat lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Disember 2022 @ 10:32 AM