Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Pengurusan tapak perkhemahan Father's Organic Farm menzahirkan simpati dan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa korban akibat tragedi tanah runtuh, kelmarin.

Ucapan itu dizahirkan menerusi hantaran di Facebook (FB) rasmi Father's Organic Farm, hari ini.

"Kami bersimpati dengan semua mangsa dan keluarga tragedi tanah runtuh di Batang Kali yang berlaku pada 16 Disember.

"Bencana tiada rupa, cinta bersama kita! Kami sentiasa bersama kamu, semoga yang terkorban, berehat dengan tenang, takziah yang tulus dan mendalam kepada keluarga, berdoa untuk yang terselamat dan cedera untuk pulih, dan teruskan menjaga.

"Kami memberi penghormatan kepada semua pihak terbabit dalam kerja menyelamat.

"Sekali lagi, kami dengan rendah hati bersama semua yang terkesan dengan tragedi itu," katanya.

Setakat petang semalam, 61 mangsa terselamat, 24 terkorban manakala sembilan masih hilang daripada keseluruhan 94 orang yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan itu. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi sembilan lagi mangsa diteruskan hari ini bermula pada 9 pagi hari ini.

ANGGOTA penyelamat menggunakan anjing pengesan ketika melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa runtuhan tanah. FOTO Eizairi Shamsudin
ANGGOTA penyelamat menggunakan anjing pengesan ketika melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa runtuhan tanah. FOTO Eizairi Shamsudin

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Disember 2022 @ 5:06 PM