AHMAD Zahid Hamidi. FOTO arkib NSTP
AHMAD Zahid Hamidi. FOTO arkib NSTP
Samadi Ahmad

Putrajaya:Nama Kementerian Pembangunan Luar Bandar(KPLB) dipinda kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) manakala dalam bahasa Inggeris ialah Ministry Of Rural and Regional Development.

Menteri KKDW,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun visi, misi dan fungsi kementerian masih kekal iaitu melahirkan masyarakat desa yang sejahtera dalam pelbagai aspekkehidupan bukan sahaja infrastruktur malah sosial, ekonomi, budaya danpersekitaran.

Katanya,KKDW komited bersama Kerajaan Perpaduan dalam meneruskan dan

merealisasikan agenda serta program teras di bawah Kementerian ini bagi memastikan masyarakat desa terus menerima manfaat yang disediakan bagi mengubah taraf sosio-ekonomi seterusnya menyumbang kepada kemajuan negara.

Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan dikeluarkan KKDW hari ini.

Ahmad Zahid, 69,yang juga Timbalan Perdana Menteri menggalas tanggungjawab sebagai Menteri KKDW dan memulakan tugas sejak Isnin lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2022 @ 9:40 PM