MOHD Rafizi. FOTO arkib NSTP
MOHD Rafizi. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Menteri Ekonomi yang baru dilantik, Mohd Rafizi Ramli hari ini menggariskan beberapa keutamaan pada minggu pertama bagi kementerian yang diterajuinya.

Beliau berkata, perkara pertama ialah mengenali dengan dekat semua pegawai tertinggi Kementerian Ekonomi, yang juga pasukannya dan nadi untuk memperbaiki ekonomi negara.

Menerusi ciapan di Twitternya hari ini, keutamaan lain ialah mendalami kedudukan ekonomi semasa dan unjurannya.

Selain itu, katanya, beliau akan turut menyusun perancangan kementerian untuk tempoh enam bulan dan menyusun program yang berimpak besar dengan cepat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2022 @ 1:58 PM