HANTARAN yang tular di media sosial.
HANTARAN yang tular di media sosial.
Amir Abd Hamid

Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan berita tular mengenai bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Pengerusi Petronas.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi, JPM menjelaskan maklumat disebarkan itu adalah palsu dan meminta semua pihak agar tidak berkongsi perkara yang tidak sahih.

"JPM ingin merujuk kepada posting (hantaran) yang tular di media sosial bertajuk 'Ismail Sabri dilantik Pengerusi Petronas' (dan) maklumat melalui akaun media sosial tersebut adalah palsu.

"Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu. TIDAK PASTI, JANGAN KONGSI!," katanya.

JPM juga meminta orang ramai supaya merujuk kepada akaun media sosial rasmi JPM untuk berita sahih melalui pautan Facebook di https://www.facebook.com/Jab.PerdanaMenteri/ atau Twitter di https://twitter.com/jpmgov_ atau Instagram di https://www.instagram.com/jabatanperdanamenteri/ atau TikTok di https://www.tiktok.com/@jpmgov

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2022 @ 9:43 PM