ANTARA kawasan yang dinaiki air. FOTO Ihsan Bomba.
ANTARA kawasan yang dinaiki air. FOTO Ihsan Bomba.
Norzamira Che Noh


Shah Alam: Sejumlah 25 kawasan di Klang dan Shah Alam dinaiki air susulan hujan lebat sekitar jam 8 malam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, tiada operasi menyelamat dilakukan setakat ini bagaimanapun pemantauan dan rondaan sedang dilakukan oleh semua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP).

"Paras air parit dan longkang melimpah ke jalan raya bagaimanapun air tidak masuk ke dalam rumah penduduk.

"Air juga dilihat mengalir dengan baik dan pemantauan secara berterusan sedang dilakukan dari masa ke semasa," katanya dalam kenyataan.

Antara kawasan yang dinaiki air Taman Maznah; Taman Melawwis; Kampung Jawa; Sungai Udang; Johan Setia; Bandar Klang; Taman Sentosa; Batu belah; Kampung Telok Menegon; Kampung Jalan Kebun; Kampung Rantau Panjang; Taman Bijaya; Taman Seri Menegon.

Selain itu, Kampung Kuantan; Bukit kuda; Taman Alam Shah; Taman Bayu Perdana; Telok Gadong Besar; Kampung Seri Gambut; Kampung Sungai Pinang; Kampung Perajurit dan Kampung Nelayan di Telok Gong; Lorong Bendaharan Taman Mewah Baru; Taman Sungai Jati serta Taman Chi Liung.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Disember 2022 @ 11:14 PM