ACRYL Sani serta kepimpinan PDRM ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Anwar di Perdana Putra, Putrajaya. FOTO Ihsan FB PDRM
ACRYL Sani serta kepimpinan PDRM ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Anwar di Perdana Putra, Putrajaya. FOTO Ihsan FB PDRM
BERNAMA

Kuala Lumpur: Barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya.

Kunjungan julung kali sejak Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu, turut disertai Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan barisan pengarah PDRM.

"Pertemuan yang diadakan hampir dua jam itu membincangkan isu-isu semasa dan taklimat berhubung keselamatan negara," demikian menurut hantaran di laman rasmi Facebook PDRM.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Disember 2022 @ 4:32 PM