Anggota bomba menolak Proton Persona yang terperangkap dalam banjir kilat di Ayer Keroh Height. FOTO ihsan JBPM Melaka.
Anggota bomba menolak Proton Persona yang terperangkap dalam banjir kilat di Ayer Keroh Height. FOTO ihsan JBPM Melaka.
Meor Riduwan Meor Ahmad


Melaka: Dua lelaki diselamatkan anggota bomba selepas van dan kereta dipandu mereka tersekat dalam banjir kilat di Ayer Keroh Height, dekat sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Mohd Azlan Ramli berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.49 petang.

Katanya, seramai 13 anggota termasuk tiga dari Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi untuk bantuan menyelamat dan tiba di lokasi jam 3.54 petang.

"Setibanya di tempat kejadian didapati terdapat sebuah van dan Proton Persona terperangkap di dalam banjir di Jalan Setia 1, Ayer Keroh Height, namun kedua-dua pemandu terselamat.

"Kerja-kerja mengalihkan kereta dan van selesai jam 4.17 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya jam 4.24 petang," katanya dihubungi di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 November 2022 @ 7:17 PM