HAJIJI berbincang dengan Loke pada pertemuan di Kota Kinabalu. FOTO Facebook.
HAJIJI berbincang dengan Loke pada pertemuan di Kota Kinabalu. FOTO Facebook.
BERNAMA

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, mengadakan perbincangan menyentuh pelbagai perkara termasuk komitmen kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Pertemuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini turut disertai Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang juga Ahli Jawatankuasa DAP, Sabah, Chan Foong Hin.

Jabatan Ketua Menteri Sabah, dalam kenyataan, memaklumkan turut menyertai Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dalam pertemuan itu ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui.

Semalam, Loke dan Chan turut menyertai rombongan Hajiji mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.

GRS terdiri daripada parti Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 November 2022 @ 6:49 PM