GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Ipoh: Seorang lelaki maut dalam insiden tanah runtuh di Blue Valley, Kampung Raja, Cameron Highlands tengah hari tadi.

Timbalan Pengarah (Operasi) Bomba Pahang Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian membabitkan mangsa berusia 37 tahun itu, pada kira-kira pukul 12.54 tengah hari.

"Kami segera mengerahkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands bersama dua jentera ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebaik tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati tanah runtuh menghempap dan membabitkan sebuah jentolak yang sedang membuat kerja tanah.

"Mangsa yang tertimbus dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan menggunakan cangkul, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 November 2022 @ 4:34 PM