HONOR tampil menjadi rakan kongsi peranti pintar di Tayangan Supernova 2022 yang dianjurkan oleh Media Prima Berhad. - FOTO HONOR
HONOR tampil menjadi rakan kongsi peranti pintar di Tayangan Supernova 2022 yang dianjurkan oleh Media Prima Berhad. - FOTO HONOR
Nur Amirah Abd Rani

PELANCARAN pelbagai telefon pintar, komputer riba dan tablet menjadikan HONOR sebagai satu jenama elektronik pengguna paling popular di Malaysia. 

HONOR tampil menjadi rakan kongsi peranti pintar di Tayangan Supernova 2022 yang dianjurkan oleh Media Prima Berhad (MPB) bagi memberikan orang ramai pengalaman menonton kandungan lebih baik.

Bermula dari kekuatan penyelidikan dan pembangunan untuk mencipta produk dan pengalaman yang lebih baik.

Tayangan ini diadakan bagi meraikan syarikat media bersepadu terbesar di Malaysia, MPB memeterai kerjasama istimewa bersama rangkaian televisyen terkemuka China, Sistem Penyiaran Hunan. 

Kerjasama ini diwujudkan sebagai usaha untuk menyediakan kandungan eksklusif untuk penonton. 

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia Justin Li berkata, Malaysia merupakan pasaran penting dalam strategi global HONOR dan pilihan pertama untuk melancarkan produk di peringkat global. 

Ia bertujuan membina pelan penyelesaian peranti dalam semua situasi untuk menambah baik pengalaman kerja dan gaya hidup pengguna. Ini dilakukan menerusi ketersambungan peranti pintar seperti telefon pintar, tablet, komputer riba dan jam tangan pintar. 

Kerjasama pertama dengan Touch 'n Go

Timbalan Pengarah HONOR Malaysia Matthew Ng turut menzahirkan rasa syukur terhadap sokongan berterusan yang diberikan kepada produk keluaran HONOR terutama telefon pintar HONOR 70 yang dilengkapi kamera Penderiaan Super IMX 800 SONY yang pertama di dunia. 

Sejak pelancaran Ogos lalu, telefon pintar HONOR 70 mendapat maklum balas positif dan pujian meluas daripada pengguna di Malaysia. 

Seterusnya, ia juga menerima pengiktirafan sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik dalam julat harganya oleh pihak media. 

Sebagai tanda penghargaan, HONOR melancarkan HONOR 70 dalam warna baharu Icelandic Frost dengan nombor ikonik '70' ditambah di atas kad NFC, hasil kerjasama bersama Touch 'n Go. 

Kolaborasi ini akan menyelesaikan masalah pengguna bagi mendapatkan kad Touch 'n Go NFC dan mengambil gambar dalam cahaya malap.

Kad Touch 'n Go NFC edisi tersuai ini tidak akan dijual secara berasingan dan hanya disertakan dengan pembelian edisi terhad HONOR 70 Icelandic Frost. 

Lebih menarik set hadiah edisi terhad ini akan dijual pada harga asal RM1,999 dan pengguna akan mendapat nilai tambahan dengan harga yang sama, termasuk Kad Touch 'n Go NFC, Touch 'n Go RFID dan sarung perlindungan dengan poket kad.

Pengeluaran skema warna edisi terhad baharu HONOR 70 dikeluarkan pada 28 Oktober lalu dengan kuantiti terhad. 

Kini, ia dijual melalui saluran rasmi yang dibenarkan, sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang HONOR atau dapatkan di kedai dalam talian HONOR.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2022 @ 7:46 PM