Semuanya boleh dilakukan melalui aplikasi CIMB Clicks. - FOTO CIMB Clicks
Semuanya boleh dilakukan melalui aplikasi CIMB Clicks. - FOTO CIMB Clicks
Muhamad Shaifullah Tayep

KAEDAH pembayaran tanpa tunai akan kekal sebagai pilihan pembayaran utama ketika rakyat Malaysia melalui tempoh andemik dan dijangka akan mencapai masyarakat tanpa tunai menjelang 2025.

Berdasarkan kajian tabiat pembayaran pengguna Visa, 74 peratus rakyat Malaysia menunjukkan mereka semakin bergerak ke arah tanpa tunai dengan menggunakan pelbagai bentuk kaedah pembayaran digital.

Bagi platform perbankan digital CIMB Clicks, mereka sentiasa meningkatkan pengalaman pengguna dan menambah baik ciri yang membantu pelanggan membuat pembayaran dalam talian dengan mudah dan selamat.

Image

Bayar bil dengan mudah melalui JomPAY

Membayar bil kini lebih mudah, jimat masa dan buat bayaran selamat tanpa kos denganĀ  JomPAY melalui aplikasi CIMB Clicks.

Dengan JomPAY, sebanyak 10,000 pengeluar bil utiliti yang disenaraikan seperti Tenaga National Berhad (TNB), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Indah Water, Astro, AirSelangor, Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang dan Telekom Malaysia (TM) untuk kemudahan pembayaran.

Hanya tekan pada butang 'Payments', pilih 'JomPAY', masukkan kod pengeluar bil dan butiran rujukan yang biasanya boleh didapati terus pada bil utiliti.

Anda juga boleh menetapkan bayaran bulanan secara automatik atau berjadual melalui aplikasi CIMB Clicks supaya anda sentiasa membayar bil tepat pada masa yang ditetapkan.

Tambah nilai kredit mudah alih prabayar serta-merta

Tambah nilai mana-mana nombor mudah alih prabayar sama ada untuk rakan, keluarga atau anda sendiri dengan mudah melalui aplikasi CIMB Clicks.

Hanya masukkan nombor telefon bimbit daripada rangkaian rakan kongsi utama CIMB Clicks seperti Digi, U Mobile, Hotlink dan Celcom, pilih jumlah tambah nilai dan selesaikan pembayaran dalam aplikasi.

Dengan itu, anda kini boleh terus berhubung dengan keluarga dan rakan serta memastikan talian anda sentiasa aktif.

Anda juga boleh menyimpan penerima, syarikat pengeluar bil atau pembayaran kerap anda sebagai 'kegemaran' secara mudah semasa melakukan transaksi.

Tekan butang 'Save as Favourite' sahaja dan semua butiran transaksi akan disimpan secara automatik.

Pada masa sama, anda boleh menetapkan nama panggilan untuk rujukan yang lebih mudah untuk membuat pemindahan dana atau pembayaran dengan lebih pantas.

Beli-belah dalam talian secara selamat dengan FPX

Gunakan FPX melalui CIMB Clicks untuk pembayaran masa nyata tanpa kerumitan bagi pembelian dalam talian atau pembayaran bil menggunakan akaun simpanan atau semasa CIMB.

Hanya pilih FPX di halaman pembayaran peniaga, pilih 'Online Banking', kemudian pilih 'CIMB Clicks' dan log masuk dengan kata laluan anda, semak dan sahkan transaksi atau pembayaran.

Adakah anda tahu? Had transaksi FPX boleh dilaraskan melalui aplikasi CIMB Clicks? Tekan pada butang 'Services' untuk menetapkan pilihan anda.

Muat turun dan daftar aplikasi CIMB Clicks di Google Play Store, Apple App Store dan HUAWEI AppGallery untuk menikmati pelbagai faedah dan ganjaran yang lebih banyak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2022 @ 4:39 PM