Anggota bomba menyelamatkan budak lelaki yang kepalanya tersangkut pada celah batu balkoni rumah di Taman Samudera Manjung. FOTO IHSAN BOMBA
Anggota bomba menyelamatkan budak lelaki yang kepalanya tersangkut pada celah batu balkoni rumah di Taman Samudera Manjung. FOTO IHSAN BOMBA
Oleh Muhamad Lokman Khairi


Manjung: Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun diselamatkan anggota bomba selepas kepalanya tersangkut di celah hiasan batu balkoni sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Samudera di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 10.33 pagi.

Katanya, sepasukan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi untuk bantuan lanjut dan setibanya di lokasi mendapati kepala kanak-kanak lelaki tersepit di celah batu balkoni rumah.

"Anggota kemudiannya mengeluarkan kepala mangsa tanpa menggunakan sebarang peralatan khas sehingga berjaya," katanya.

Katanya, kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat sepenuhnya jam 10.52 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Oktober 2022 @ 3:41 PM