BAYI perempuan yang ditinggalkan ibu kandungnya selepas dilahirkan di Hospital Kajang pada 2 Julai lalu. FOTO Ihsan Pejabat Kebajikan Daerah Hulu Langat
BAYI perempuan yang ditinggalkan ibu kandungnya selepas dilahirkan di Hospital Kajang pada 2 Julai lalu. FOTO Ihsan Pejabat Kebajikan Daerah Hulu Langat
Nurul Hidayah Bahaudin

Hulu Langat: Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Langat sedang mengesan ibu kandung bayi perempuan yang ditinggalkan selepas dilahirkan di Hospital Kajang pada 2 Julai lalu.

Wanita yang dikenali sebagai Indah Putri Lisma itu dipercayai warga Indonesia disyaki tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Namun, alamat terakhir wanita itu di Messahill , Blok A, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Pejabat kebajikan memaklumkan, bayi itu kini ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom (Penor), Kuantan, Pahang selepas memperoleh perintah mahkamah di bawah Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001, 22 September lalu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat, Nurhidayah Mohd Sabri di talian 03-87395070.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2022 @ 3:01 PM