Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat pulang meninggalkan majlis selepas sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/ 2023 Masihi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. FOTO BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat pulang meninggalkan majlis selepas sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/ 2023 Masihi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. FOTO BERNAMA
Mahani Ishak


Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke London, United Kingdom bagi United Kingdom bagi mengadakan Lawatan Khas bermula esok hingga 16 Oktober ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, dalam rangka Lawatan Khas itu, baginda berdua dijadualkan berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Baginda Raja Britain, Baginda Raja Charles III di Istana Buckingham, London pada Rabu.

"Keberangkatan baginda berdua melakukan kunjungan hormat ini mencerminkan keakraban Yang di-Pertuan Agong dengan Baginda Raja Charles III.

"Baginda menjalin persahabatan dengan Baginda Raja Charles III sejak lebih empat dekad dan pernah bersama-sama melakukan aktiviti bersukan polo berkuda ketika zaman remaja di pelbagai peringkat kejohanan antarabangsa.

"Kunjungan hormat ini juga mencerminkan hubungan dua hala yang rapat di antara Malaysia dan United Kingdom sejak kemerdekaan Malaysia 65 tahun lalu," katanya menerusi kenyataan di Facebook Istana Negara, hari ini.

Beliau berkata, pada hari sama, baginda berdua turut dijadualkan berangkat menyempurnakan majlis perasmian Stesen Janakuasa Battersea, projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia di London.

"Stesen Janakuasa Battersea yang berkeluasan 16.99 hektar adalah projek hartanah membabitkan usaha sama antara Sime Darby Property, SP Setia Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sejak 2012 dengan nilai pembangunan kasar sebanyak sembilan bilion pound (RM51.53 bilion).

"Baginda berdua dijadualkan mengakhiri Lawatan Khas itu dan berangkat pulang ke tanah air pada 16 Oktober," katanya.

Katanya, dari segi hubungan dua hala, United Kingdom adalah rakan dagang ke-18 terbesar Malaysia pada 2021 dengan jumlah dagangan direkodkan di antara kedua negara sebanyak RM17.17 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding 2020.

Nilai eksport Malaysia ke United Kingdom pada tahun lalu juga direkodkan sebanyak RM9.78 bilion, manakala nilai import dari United Kingdom sebanyak RM7.39 bilion.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Oktober 2022 @ 6:34 PM