Mohd Yussainy Md Yusop
Mohd Yussainy Md Yusop
Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Bagi mendepani insiden kehilangan pendaki, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) memperkenalkan program Malim Gunung Perhutanan (MGP).

  Program itu antara lain sebagai meningkatkan kesedaran dan platform pemberitahuan kepada orang awam bahawa bermula 1 Januari tahun depan, penggunaan khidmat MGP untuk aktiviti pendakian adalah diwajibkan.

  Ia juga adalah sejajar dengan Program Pendakian 121 Puncak sempena Sambutan Ulang Tahun ke-121 tahun JPSM.

  Pengarah Bahagian Eco-Forest dan Hutan Taman Negeri JPSM Mohd Yussainy Md Yusop berkata, inisiatif JPSM memperkenalkan MGP kepada masyarakat awam sebelum penguatkuasaan penggunaan MGP dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) dilaksanakan sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan Negeri pada 1 Januari 2023 selain mempromosi Program Penghijauan Malaysia.

  "Pada masa ini, JPSM menerima pendaftaran 149 puncak gunung serta bukit membabitkan lebih 10,000 pendaki di seluruh negara. 

"Pendaki dan peminat rekreasi di seluruh negara dialu-alukan menyertai program ini dengan menghubungi Urusetia Bahagian Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri di talian 06-26164488 atau 012-6214793," katanya.

  JPSM dijangka mencipta rekod baru Malaysia Book of Records (MBOR) mendaki 121 puncak gunung serta bukit dalam kawasan HSK secara serentak terbanyak pada 16 Oktober ini.

Ia bagi memperbaharui rekod Pendakian 60 Puncak Gunung Sempena Sambutan 60 Tahun Universiti Teknologi Malaysia pada 2017. 

  Simbolik penerimaan rekod baru MBOR ini akan saksikan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur selepas semua pendakian selesai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2022 @ 3:01 PM