LAPORAN Harian Metro sebelum ini
LAPORAN Harian Metro sebelum ini
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Bentong: Wanita warga asing akan didakwa di Mahkamah Majistret Raub atas kesalahan kekerasan jenayah, esok.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek berusia 42 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 350 Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara tidak lebih tiga bulan dan denda RM1,000 atau keduanya sekali," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan pihak keselamatan Genting Highlands membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang kanak-kanak yang dikatakan hampir menjadi mangsa culik seorang wanita warga asing.

Zaiham dipetik berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi satu minit 20 saat melalui akaun Tik Tok.

Susulan penularan video itu, polis menahan dua wanita warga asing masing-masing berusia 42 dan 50 tahun untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2022 @ 8:35 PM