BANJIR kilat menyebabkan kesesakan jalan raya di pusat bandar  Kuching selepas hujan lebat petang tadi. FOTO ihsan JBPM
BANJIR kilat menyebabkan kesesakan jalan raya di pusat bandar Kuching selepas hujan lebat petang tadi. FOTO ihsan JBPM

#taskid sendstory

ONLINE/ePaper

H: Hujan lebat cetus banjir kilat

Oleh Mohd Roji Kawi

[email protected]

With pix

KUCHING : Beberapa kawasan di bandar raya ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat bermula jam 3 petang tadi.

Antara kawasan terjejas ialah pusat bandar raya di sekitar kawasan Padang Merdeka,

Jalan Ban Hock, Jalan Padungan dan JalanMain Bazaar.

Turut terjejas Jalan Abell, Jalan Ellis serta Jalan Ang Cheng Ho.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, banjir kilat itu berlaku dalam masa yang singkat bermula kira-kira jam 4 petang.

Situasi itu katanya, menyebabkan kesesakan jalan raya di kawasan pusat bandar raya.

"Banjir kilat itu hanya berlaku dalam msa singkat apabila air melimpah di jalan raya manakala pemantauan di Sungai Sarawak mendapati paras air dalam keadaan terkawal,"katanya.

Sementara itu katanya, pemantauan turut dijalankan di kawasan lain yang berisiko banjir di sekitar Petra Jaya.

Antara kawasan terbabit ialah di Jalan Matang Jaya, Lorong Bentara Samariang, Kampung Samariang Batu, Kampung, Samariang Pinggir serta Jalan Batu Kawa.

"Komander operasi melaporkan tiada banjir kilat di kawasan itu walaupun berlaku hujan lebat," katanya.

From: Mohammad Roji

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2022 @ 8:27 PM